Hubungan Antara Struktur Keluarga Dan Atachmen Kepada Ibu Bapa Dengan Delinkuensi Juvana Dalam Kalangan Pelajar Melayu

dc.contributor.authorSAIBON, JAMALSAFRI
dc.date.accessioned2016-08-02T08:53:59Z
dc.date.available2016-08-02T08:53:59Z
dc.date.issued2004-06
dc.description.abstractKajian ini adalah untuk mengenalpasti perbezaan struktur keluarga bagi pelajar Melayu yang terbabit delinkuensi juvana dengan pelajar Melayu yang tidak terbabit delinkuensi juvana. Di samping itu, ia juga untuk menjelaskan perkaitan antara jenis struktur keluarga dengan pelajar Melayu yang terbabit delinkuensi juvana dan pelajar Melayu yang tidak terbabit delinkuensi juvana berdasarkan aspek atachmen kepada ibu bapa. Jenis struktur keluarga yang dikaji ialah jenis struktur keluarga tradisional dan jenis struktur keluarga bukan tradisional. Seramai 149 pelajar dari dua buah Sekolah Tunas Bakti (STB) dan 155 pelajar dari sekolah menengah harian (SMK) telah menjadi sampel kajian. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan jenis struktur keluarga, latar belakang keluarga dan tahap atachmen antara pelajar dengan ibu bapa. Kajian menggunakan kaedah crosstabulation dan independent-samples t test untuk menganalisis data. Di antara dapatan utama kajian ini adalah seperti berikut: Terdapatnya perbezaan yang signifikan jenis struktur keluarga antara pelajar Melayu yang terbabit delinkuensi juvana dengan pelajar Melayu yang tidak terbabit ..... delinkuensi juvana. Perbezaan yang signifikan juga diperolehi aspek tahap atachmen kepada ibu bapa antara pelajar Melayu yang terbabit delinkuensi juvana dengan pelajar Melayu yang tidak terbabit delinkuensi juvana. Di samping itu, terdapatnya perbezaan yang signifikan aspek tahap atachmen kepada ibu bapa antara pelajar Melayu yang datang daripada jenis struktur keluarga tradisional dengan pelajar Melayu yang datang daripada jenis struktur keluarga bukan tradisional. Untuk kajian lanjutan adalah dicadangkan agar kaedah temubual untuk memperolehi data digunakan untuk mendapatkan maklumat serta data yang lebih mendalam terutama yang melibatkan aspek atachmen kepada ibu bapa. Di samping itu penggunaan sampel daripada pelbagai etnik juga adalah perlu untuk mencenninkan hasil dapatan yang mewakili keseluruhan pelajar di negara ini.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2357
dc.subjectHubungan Antara Struktur Keluarga Dan Atachmen Kepada Ibu Bapaen_US
dc.subjectDengan Delinkuensi Juvana Dalam Kalangan Pelajar Melayuen_US
dc.titleHubungan Antara Struktur Keluarga Dan Atachmen Kepada Ibu Bapa Dengan Delinkuensi Juvana Dalam Kalangan Pelajar Melayuen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: