Estetika Tembikar Tradisi Mambong, Kelantan
Loading...
Date
2007-11
Authors
Said, Tajul Shuhaizam
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kesenian dalam kebudayaan Melayu telah lama lahir bersama-sama dengan penciptaan
barangan keperluan harian. Tembikar tradisi yang sudah terkenal dengan fungsi utiliti
juga tidak dapat dipisahkan darimakna estetikanya. Kajian mendalam tentang estetika
tembikar tradisi Mambong ini menjadi wajar kerana tiada lagi kajian yang menjurus
kepada estetika tembikar tradisi Mambong.
Tembikar tradisi Mambong telah dikesan dalam masyarakat di Kampong
Mambong sejak tahun 1868. Kewujudan tembikar tradisi Mambong selama 238 tahun,
dari tahun 1868-2006 di Kampong Mambong di persisiran Sungai Galas dalam daerah
Jajahan Kuala Krai, Kelantan merupakan satu fenomena yang sangat unik. Penghasilan
bekas perasapan, buyung, geluk, geluk bertangkai, belanga dan periuk kukusan telah
mempamerkan serta memperjelaskan tentang kemahiran dan kebijaksanaan pemikiran
masyarakat di Kampong Mambong mencipta barangan dari tanah liat sebagai alat
keperluan fizikal dan rohani. Penghasilan barangan tembikar Mambong bukan sekadar
bentuk dan fungsinya tetapi turut memperlihatkan luahan ekspresi estetika.
Kaedah kajian kualitatif ini berdasarkan kepada pendokumentasian dan Kajian
mendalam terhadap estetika tembikar tradisi Mambong. Data-data yang dikumpul
adalah dalam bentuk perkataan, jurnal-jumal berwasit, artifak, karya-karya tembikar
tradisi yang dikaji, nota lapangan, dan audio visual serta gambar-gambar yang merentasi
sempadan masa dari tahun 1868-2006. Kaedah temubual bersama-sama responden juga
melengkapkan pengumpulan data dengan menumpukan kepada fokus yang ditetapkan
melalui batas kajian.
Sewajamya estetika tembikar tradisi Mambong, Kelantan diagungkan
kepentingannya dan faedalmya dengan memberi satu penghargaan dan aprisasi terhadap
kepelbagaian nilai-nilai estetik yang ada pada tembikar tradisi ini.
Description
Keywords
Tembikar tradisi yang sudah terkenal , tidak dapat dipisahkan darimakna estetikanya