Estetika Tembikar Tradisi Mambong, Kelantan
dc.contributor.author | Said, Tajul Shuhaizam | |
dc.date.accessioned | 2019-03-22T02:55:18Z | |
dc.date.available | 2019-03-22T02:55:18Z | |
dc.date.issued | 2007-11 | |
dc.description.abstract | Kesenian dalam kebudayaan Melayu telah lama lahir bersama-sama dengan penciptaan barangan keperluan harian. Tembikar tradisi yang sudah terkenal dengan fungsi utiliti juga tidak dapat dipisahkan darimakna estetikanya. Kajian mendalam tentang estetika tembikar tradisi Mambong ini menjadi wajar kerana tiada lagi kajian yang menjurus kepada estetika tembikar tradisi Mambong. Tembikar tradisi Mambong telah dikesan dalam masyarakat di Kampong Mambong sejak tahun 1868. Kewujudan tembikar tradisi Mambong selama 238 tahun, dari tahun 1868-2006 di Kampong Mambong di persisiran Sungai Galas dalam daerah Jajahan Kuala Krai, Kelantan merupakan satu fenomena yang sangat unik. Penghasilan bekas perasapan, buyung, geluk, geluk bertangkai, belanga dan periuk kukusan telah mempamerkan serta memperjelaskan tentang kemahiran dan kebijaksanaan pemikiran masyarakat di Kampong Mambong mencipta barangan dari tanah liat sebagai alat keperluan fizikal dan rohani. Penghasilan barangan tembikar Mambong bukan sekadar bentuk dan fungsinya tetapi turut memperlihatkan luahan ekspresi estetika. Kaedah kajian kualitatif ini berdasarkan kepada pendokumentasian dan Kajian mendalam terhadap estetika tembikar tradisi Mambong. Data-data yang dikumpul adalah dalam bentuk perkataan, jurnal-jumal berwasit, artifak, karya-karya tembikar tradisi yang dikaji, nota lapangan, dan audio visual serta gambar-gambar yang merentasi sempadan masa dari tahun 1868-2006. Kaedah temubual bersama-sama responden juga melengkapkan pengumpulan data dengan menumpukan kepada fokus yang ditetapkan melalui batas kajian. Sewajamya estetika tembikar tradisi Mambong, Kelantan diagungkan kepentingannya dan faedalmya dengan memberi satu penghargaan dan aprisasi terhadap kepelbagaian nilai-nilai estetik yang ada pada tembikar tradisi ini. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/7874 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Tembikar tradisi yang sudah terkenal | en_US |
dc.subject | tidak dapat dipisahkan darimakna estetikanya | en_US |
dc.title | Estetika Tembikar Tradisi Mambong, Kelantan | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: