Penyaringan dan pengoptimuman penghasilan protein intrasel yis dalam medium sisa pertanian untuk industri makanan
Loading...
Date
2009-02
Authors
Loo, Chee Yeong
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Tiga jenis sisa industri pertanian tempatan telah digunakan sebagai
medium pengkulturan bagi pertumbuhan yis Saccharomyces cerevisiae dan
Candida uti/is. Sisa-sisa pertanian yang digunakan ialah sisa cecair industri
kelapa sawit (POME, Palm Oil Mill Effluent), pelapah kelapa sawit (OPF, Oil Palm
Frond) dan sisa nanas. Kesemua sisa pertanian tersebut telah dirawat sebelum
dijadikan sebagai medium pengkulturan. Pengkulturan dilakukan dalam kelalang
Erlenmeyer berisipadu 250 ml pada suhu 30 DC, kadar goncangan pada 100 psm
selama 72 jam. Sel yis yang diperolehi dikaji dari segi pertumbuhan serta analisa
kandungan ekstrak yis kasar untuk kandungan protein intrasel terlarutkan, profil
asid-asid amino dan profil perisanya. Kedua-dua jenis yis menunjukkan
pertumbuhan biojisim yang baik dalam medium sisa nanas dibanding dengan
POME dan OPF. Candida utilis menghasilkan kandungan protein intrasel
terlarutkan tertinggi (30.65 %b/b) dalam medium sisa nanas dibandingkan
Saccharomyces cerevisiae. Kandungan protein C. utilis dalam medium sisa
nanas dioptimumkan dengan menggunakan kaedah Konvensional atau One at a
time dan Central Composite Design (CCO). Faktor-faktor yang dipilih dalam
kaedah Konvensional ialah saiz inokulum, kepekatan,pepejal terlarutkan (0 Brix),
MgS04 dan (NH4)2HP04. Julat-julat yang diperolehi ialah: saiz inokulum (2 %
hingga 6 % (iii)); kepekatan pepejal terlarutkan (4° hingga 8° Brix); MgS04 (0.06 %
hingga 0.10 % (b/i)) dan (NH4hHP04 (0.8 % hingga 1.2 % (b/i)). Analisis
dilanjutkan dengan ujian Central Composite Design. Kandungan optimum protein
intrasel terlarutkan C. uti/is ialah 30.65% bib dengan kondisi optimum: saiz
inokulum (2.74 % iIi); kepekatan pepejal terlarutkan (6.80° Brix); MgS04 (0.08 %
b/i) dan (NH4)2HP04 (0.80 % b/i) pada masa pengkulturan 22 jam dibanding 18.80
% bib sebelum pengoptimuman. Peningkatan adalah sebanyak 63.03 %. Faktorfaktor
paling dominan yang mempengaruhi sintesis protein dalam sel ialah
kepekatan pepejal terlarutkan serta masa pengkulturan. Saiz inokulasi serta
sumber nitrogen didapati memberikan rangsangan terhadap protein sel apabila
berinteraksi dengan faktor kepekatan pepejal total serta masa pengkulturan dalam
keadaan dominan. Kandungan asid amino ditentukan dengan menggunakan
kaedah HPLC. Kehadiran threonin dan metionina dikesan selepas proses
pengoptimuman. Perubahan dalam profil asid amino dikaitkan dengan perubahan
profil perisa dalam ekstrak yis kasar Candida uti/is. Perisa mirip MSG dan manis
telah didapati meningkat selepas pengoptimuman dilakukan.
Description
Keywords
Kedua-dua jenis yis menunjukkan pertumbuhan biojisim yang baik , dalam medium sisa nanas