Penyaringan dan pengoptimuman penghasilan protein intrasel yis dalam medium sisa pertanian untuk industri makanan

dc.contributor.authorLoo, Chee Yeong
dc.date.accessioned2016-11-02T02:40:36Z
dc.date.available2016-11-02T02:40:36Z
dc.date.issued2009-02
dc.description.abstractTiga jenis sisa industri pertanian tempatan telah digunakan sebagai medium pengkulturan bagi pertumbuhan yis Saccharomyces cerevisiae dan Candida uti/is. Sisa-sisa pertanian yang digunakan ialah sisa cecair industri kelapa sawit (POME, Palm Oil Mill Effluent), pelapah kelapa sawit (OPF, Oil Palm Frond) dan sisa nanas. Kesemua sisa pertanian tersebut telah dirawat sebelum dijadikan sebagai medium pengkulturan. Pengkulturan dilakukan dalam kelalang Erlenmeyer berisipadu 250 ml pada suhu 30 DC, kadar goncangan pada 100 psm selama 72 jam. Sel yis yang diperolehi dikaji dari segi pertumbuhan serta analisa kandungan ekstrak yis kasar untuk kandungan protein intrasel terlarutkan, profil asid-asid amino dan profil perisanya. Kedua-dua jenis yis menunjukkan pertumbuhan biojisim yang baik dalam medium sisa nanas dibanding dengan POME dan OPF. Candida utilis menghasilkan kandungan protein intrasel terlarutkan tertinggi (30.65 %b/b) dalam medium sisa nanas dibandingkan Saccharomyces cerevisiae. Kandungan protein C. utilis dalam medium sisa nanas dioptimumkan dengan menggunakan kaedah Konvensional atau One at a time dan Central Composite Design (CCO). Faktor-faktor yang dipilih dalam kaedah Konvensional ialah saiz inokulum, kepekatan,pepejal terlarutkan (0 Brix), MgS04 dan (NH4)2HP04. Julat-julat yang diperolehi ialah: saiz inokulum (2 % hingga 6 % (iii)); kepekatan pepejal terlarutkan (4° hingga 8° Brix); MgS04 (0.06 % hingga 0.10 % (b/i)) dan (NH4hHP04 (0.8 % hingga 1.2 % (b/i)). Analisis dilanjutkan dengan ujian Central Composite Design. Kandungan optimum protein intrasel terlarutkan C. uti/is ialah 30.65% bib dengan kondisi optimum: saiz inokulum (2.74 % iIi); kepekatan pepejal terlarutkan (6.80° Brix); MgS04 (0.08 % b/i) dan (NH4)2HP04 (0.80 % b/i) pada masa pengkulturan 22 jam dibanding 18.80 % bib sebelum pengoptimuman. Peningkatan adalah sebanyak 63.03 %. Faktorfaktor paling dominan yang mempengaruhi sintesis protein dalam sel ialah kepekatan pepejal terlarutkan serta masa pengkulturan. Saiz inokulasi serta sumber nitrogen didapati memberikan rangsangan terhadap protein sel apabila berinteraksi dengan faktor kepekatan pepejal total serta masa pengkulturan dalam keadaan dominan. Kandungan asid amino ditentukan dengan menggunakan kaedah HPLC. Kehadiran threonin dan metionina dikesan selepas proses pengoptimuman. Perubahan dalam profil asid amino dikaitkan dengan perubahan profil perisa dalam ekstrak yis kasar Candida uti/is. Perisa mirip MSG dan manis telah didapati meningkat selepas pengoptimuman dilakukan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2955
dc.subjectKedua-dua jenis yis menunjukkan pertumbuhan biojisim yang baiken_US
dc.subjectdalam medium sisa nanasen_US
dc.titlePenyaringan dan pengoptimuman penghasilan protein intrasel yis dalam medium sisa pertanian untuk industri makananen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: