Keselamatan Makanan Dan Kedaulatan Makanan Di Indonesia: Satu Kajian Kes Terhadap Analisis Wacana Kritikal Akhbar Kompas

Loading...
Thumbnail Image
Date
2017-06
Authors
Harahap, Hendra
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis teks media, amalan wacana media dan amalan wacana sosial budaya tentang keselamatan makanan dan kedaulatan makanan oleh akhbar Kompas Indonesia dari tahun 1996 hingga 2012. Pendekatan analisis wacana kritikal oleh Norman Fairclough digunakan untuk mencapai objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan terdapat enam kumpulan wacana yang dibincangkan akhbar Kompas mengenai keselamatan makanan dan kedaulatan makanan iaitu: 1) munculnya wacana keselamatan makanan; ii) wacana perniagaan antara bangsa yang adil; iii) wacana penolakan kapas secara modifikasi genetik dan import beras; iv) wacana kedaulatan makanan sebagai hak asasi petani, bangsa dan negara; v) wacana petani dan kedaulatan makanan; dan vi) wacana gerakan kedaulatan makanan antara bangsa. Wacana ini terbina dari faktor amalan wacana media khasnya rutin media, dan perubahan peraturan media di Indonesia khasnya sejak tahun 1998– iaitu daripada peraturan negara kepada peraturan pasaran. Amalan wacana akhbar Kompas dalam liputan keselamatan makanan dan kedaulatan makanan lebih memfokus kepada sasaran pembaca/penggunanya iaitu kumpulan pembaca di kawasan bandar, kelas pertengahan baik dari segi pendapatan mahupun pendidikan. Berdasarkan kepada amalan sosial budaya, pembinaan wacana juga terwujud berdasarkan faktor dalaman seperti program keselamatan makanan merupakan pertarungan antara pelbagai kuasa antarabangsa yang memberi kesan kepada kegagalan program keselamatan makanan.
Description
Keywords
Keselamatan makanan dan kedaulatan makanan di indonesia , analisis wacana kritikal akhbar kompas
Citation