Keselamatan Makanan Dan Kedaulatan Makanan Di Indonesia: Satu Kajian Kes Terhadap Analisis Wacana Kritikal Akhbar Kompas

dc.contributor.authorHarahap, Hendra
dc.date.accessioned2019-09-03T01:10:55Z
dc.date.available2019-09-03T01:10:55Z
dc.date.issued2017-06
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk menganalisis teks media, amalan wacana media dan amalan wacana sosial budaya tentang keselamatan makanan dan kedaulatan makanan oleh akhbar Kompas Indonesia dari tahun 1996 hingga 2012. Pendekatan analisis wacana kritikal oleh Norman Fairclough digunakan untuk mencapai objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan terdapat enam kumpulan wacana yang dibincangkan akhbar Kompas mengenai keselamatan makanan dan kedaulatan makanan iaitu: 1) munculnya wacana keselamatan makanan; ii) wacana perniagaan antara bangsa yang adil; iii) wacana penolakan kapas secara modifikasi genetik dan import beras; iv) wacana kedaulatan makanan sebagai hak asasi petani, bangsa dan negara; v) wacana petani dan kedaulatan makanan; dan vi) wacana gerakan kedaulatan makanan antara bangsa. Wacana ini terbina dari faktor amalan wacana media khasnya rutin media, dan perubahan peraturan media di Indonesia khasnya sejak tahun 1998– iaitu daripada peraturan negara kepada peraturan pasaran. Amalan wacana akhbar Kompas dalam liputan keselamatan makanan dan kedaulatan makanan lebih memfokus kepada sasaran pembaca/penggunanya iaitu kumpulan pembaca di kawasan bandar, kelas pertengahan baik dari segi pendapatan mahupun pendidikan. Berdasarkan kepada amalan sosial budaya, pembinaan wacana juga terwujud berdasarkan faktor dalaman seperti program keselamatan makanan merupakan pertarungan antara pelbagai kuasa antarabangsa yang memberi kesan kepada kegagalan program keselamatan makanan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8768
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKeselamatan makanan dan kedaulatan makanan di indonesiaen_US
dc.subjectanalisis wacana kritikal akhbar kompasen_US
dc.titleKeselamatan Makanan Dan Kedaulatan Makanan Di Indonesia: Satu Kajian Kes Terhadap Analisis Wacana Kritikal Akhbar Kompasen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: