Kesan Modul Terapi Realiti (MTR) Terhadap Penghargaan Kendiri Dan Kemurungan Mangsa Buli

Loading...
Thumbnail Image
Date
2018
Authors
Nik Hassan, Nik Noorkhairulnissa
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Penganiayaan di sekolah merupakan tingkah laku buli dan telah menjadi satu masalah yang besar pada masa kini. Hal ini menunjukkan seolah-olah masalah buli ini merupakan satu budaya ketika di alam persekolahan. Kajian ini bertujuan membina dan menguji kesan Modul Terapi Realiti (MTR) terhadap penghargaan kendiri dan kemurungan mangsa buli. Berdasarkan modul ini, mangsa buli telah melalui enam sesi kaunseling sebagai intervensi. Modul ini dibentuk untuk membantu mangsa buli menangani isu berkaitan penghargaan kendiri dan tahap kemurungan. Tambahan lagi, kajian ini juga dijalankan untuk mengkaji kesan enam sesi kaunseling ke atas mangsa buli melalui ujian pra dan ujian pasca. Pengkaji menggunakan Terapi Realiti membantu mangsa buli memenuhi kehendaknya dan menjadi lebih kuat dari segi emosi serta bertindak dengan lebih rasional. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran dengan menggunakan teknik pemilihan secara rawak dengan memilih enam orang murid berumur (13-14 tahun) dari dua buah sekolah menengah di Pulau Pinang. Dalam pendekatan kualitatif, data analisis deskriptif dan Reliable Change Index (RCI) digunakan untuk mengukur skor penghargaan kendiri dan skor kemurungan dimana Skala Penghargaan Kendiri Rosenberg (RSES) dan Iventori Kemurungan Beck (BDI) di gunakan untuk mengukur tahap penghargaaan kendiri dan tahap kemurungan mangsa buli. Hasil kajian ini menunjukkan peningkatan penghargaan kendiri dan pengurangan kemurungan dalam mangsa buli selepas melalui enam sesi kaunseling. Manakala, hasil analisis RCI berdasarkan ujian pra dan ujian pasca mempunyai peningkatan dan penurunan secara signifikan dalam kalangan mangsa buli. Sementara itu, data kualitatif dianalisis menggunakan kaedah analisis secara tematik QSR International Nvivo Version 10.0. kaedah kualitatif menjawab persoalan kajian melihat kepada ciri-ciri mangsa buli, kesan Modul Terapi Realiti (MTR) terhadap penghargaan kendiri dan kesan MTR terhadap kemurungan mangsa buli.
Description
Keywords
Kesan modul terapi realiti terhadap , penghargaan kendiri dan kemurungan mangsa buli
Citation