Kesan Modul Terapi Realiti (MTR) Terhadap Penghargaan Kendiri Dan Kemurungan Mangsa Buli

dc.contributor.authorNik Hassan, Nik Noorkhairulnissa
dc.date.accessioned2019-01-15T07:42:17Z
dc.date.available2019-01-15T07:42:17Z
dc.date.issued2018
dc.description.abstractPenganiayaan di sekolah merupakan tingkah laku buli dan telah menjadi satu masalah yang besar pada masa kini. Hal ini menunjukkan seolah-olah masalah buli ini merupakan satu budaya ketika di alam persekolahan. Kajian ini bertujuan membina dan menguji kesan Modul Terapi Realiti (MTR) terhadap penghargaan kendiri dan kemurungan mangsa buli. Berdasarkan modul ini, mangsa buli telah melalui enam sesi kaunseling sebagai intervensi. Modul ini dibentuk untuk membantu mangsa buli menangani isu berkaitan penghargaan kendiri dan tahap kemurungan. Tambahan lagi, kajian ini juga dijalankan untuk mengkaji kesan enam sesi kaunseling ke atas mangsa buli melalui ujian pra dan ujian pasca. Pengkaji menggunakan Terapi Realiti membantu mangsa buli memenuhi kehendaknya dan menjadi lebih kuat dari segi emosi serta bertindak dengan lebih rasional. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran dengan menggunakan teknik pemilihan secara rawak dengan memilih enam orang murid berumur (13-14 tahun) dari dua buah sekolah menengah di Pulau Pinang. Dalam pendekatan kualitatif, data analisis deskriptif dan Reliable Change Index (RCI) digunakan untuk mengukur skor penghargaan kendiri dan skor kemurungan dimana Skala Penghargaan Kendiri Rosenberg (RSES) dan Iventori Kemurungan Beck (BDI) di gunakan untuk mengukur tahap penghargaaan kendiri dan tahap kemurungan mangsa buli. Hasil kajian ini menunjukkan peningkatan penghargaan kendiri dan pengurangan kemurungan dalam mangsa buli selepas melalui enam sesi kaunseling. Manakala, hasil analisis RCI berdasarkan ujian pra dan ujian pasca mempunyai peningkatan dan penurunan secara signifikan dalam kalangan mangsa buli. Sementara itu, data kualitatif dianalisis menggunakan kaedah analisis secara tematik QSR International Nvivo Version 10.0. kaedah kualitatif menjawab persoalan kajian melihat kepada ciri-ciri mangsa buli, kesan Modul Terapi Realiti (MTR) terhadap penghargaan kendiri dan kesan MTR terhadap kemurungan mangsa buli.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/7579
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKesan modul terapi realiti terhadapen_US
dc.subjectpenghargaan kendiri dan kemurungan mangsa bulien_US
dc.titleKesan Modul Terapi Realiti (MTR) Terhadap Penghargaan Kendiri Dan Kemurungan Mangsa Bulien_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: