Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (Pbt) Dalam Membangunkan Kuala Lumpur Sebagai Ideopolis
Loading...
Date
2011-07
Authors
Idris, Nur Rafidah Asyikin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Ideopolis atau bandar raya intensif pengetahuan merupakan entiti baru bandar dalam
era ekonomi dipacu pengetahuan. Ideopolis ini semakin berkembang luas di negara maju.
Secara kasar Kuala Lumpur dilihat berpotensi sebagai ideopolis. Tambahan pula, peranan
penting Greater Kuala Lumpur di peringkat nasional dan antarabangsa telah diperkenalkan
dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10). Wilayah-bandar Kuala Lumpur yang
mewakili Greater Kuala Lumpur ini sesuai dijadikan titik permulaan ideopolis kerana
wilayah-bandar ini dilitupi oleh lambakan institusi pengajian tinggi (IPT) dalam kawasan
pertumbuhan yang turut ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dalam konteks tesis
ini, IPT adalah proksi bagi penjanaan dan diseminasi pengetahuan. Bagi mencapai status
ideopolis, strategi berkaitan perlu dilaksanakan. Seterusnya, peranan PBT, universiti dan
industri yang menjadi elemen utama ideopolis perlu diteliti dan kajian ini menerapkan model
Triple Helix untuk meneliti aspek ini. Peranan PBT dalam membangunkan Kuala Lumpur
sebagai sebuah ideopolis seterusnya diselidiki melalui temubual secara terfokus dan
berstruktur. Responden adalah wakil PBT yang berpengetahuan tentang topik penyelidikan.
Temubual berkisar persoalan ideopolis serta proses dan mekanisme kolaborasi PBT-IPTIndustri.
Kesimpulan utama kajian ialah pemacu ideopolis yang wujud di wilayah-bandar
Kuala Lumpur masih di peringkat lemah. Pemacu ini, khususnya PBT, memerlukan anjakan
paradigma dalam hubungannya dengan universiti dan industri agar wilayah-bandar Kuala
Lumpur boleh diiktiraf sebagai wilayah-bandar yang berasaskan pengetahuan di masa akan
datang.
Description
Keywords
Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (Pbt) , Membangunkan Kuala Lumpur