Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (Pbt) Dalam Membangunkan Kuala Lumpur Sebagai Ideopolis
dc.contributor.author | Idris, Nur Rafidah Asyikin | |
dc.date.accessioned | 2019-10-02T06:58:36Z | |
dc.date.available | 2019-10-02T06:58:36Z | |
dc.date.issued | 2011-07 | |
dc.description.abstract | Ideopolis atau bandar raya intensif pengetahuan merupakan entiti baru bandar dalam era ekonomi dipacu pengetahuan. Ideopolis ini semakin berkembang luas di negara maju. Secara kasar Kuala Lumpur dilihat berpotensi sebagai ideopolis. Tambahan pula, peranan penting Greater Kuala Lumpur di peringkat nasional dan antarabangsa telah diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10). Wilayah-bandar Kuala Lumpur yang mewakili Greater Kuala Lumpur ini sesuai dijadikan titik permulaan ideopolis kerana wilayah-bandar ini dilitupi oleh lambakan institusi pengajian tinggi (IPT) dalam kawasan pertumbuhan yang turut ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dalam konteks tesis ini, IPT adalah proksi bagi penjanaan dan diseminasi pengetahuan. Bagi mencapai status ideopolis, strategi berkaitan perlu dilaksanakan. Seterusnya, peranan PBT, universiti dan industri yang menjadi elemen utama ideopolis perlu diteliti dan kajian ini menerapkan model Triple Helix untuk meneliti aspek ini. Peranan PBT dalam membangunkan Kuala Lumpur sebagai sebuah ideopolis seterusnya diselidiki melalui temubual secara terfokus dan berstruktur. Responden adalah wakil PBT yang berpengetahuan tentang topik penyelidikan. Temubual berkisar persoalan ideopolis serta proses dan mekanisme kolaborasi PBT-IPTIndustri. Kesimpulan utama kajian ialah pemacu ideopolis yang wujud di wilayah-bandar Kuala Lumpur masih di peringkat lemah. Pemacu ini, khususnya PBT, memerlukan anjakan paradigma dalam hubungannya dengan universiti dan industri agar wilayah-bandar Kuala Lumpur boleh diiktiraf sebagai wilayah-bandar yang berasaskan pengetahuan di masa akan datang. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/8899 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (Pbt) | en_US |
dc.subject | Membangunkan Kuala Lumpur | en_US |
dc.title | Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (Pbt) Dalam Membangunkan Kuala Lumpur Sebagai Ideopolis | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: