Ciri-Ciri Psikometrik Instrumen Dan Profil Kualiti Kehidupan Kerja Guru Sekolah Rendah Di Acheh, Indonesia Dan Di Tiga Negeri Utara Malaysia
Loading...
Date
2016-09
Authors
Nurmawati
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesetaraan pengukuran instrumen silang
negara, dan melakukan evaluasi ciri-ciri psikometri item instrumen Kualiti
Kehidupan Kerja Guru merentas negara antara Malaysia dan Indonesia. Konstruk
Kualiti Kehidupan Kerja Guru terdiri daripada empat dimensi keperluan iaitu:
Psikologi, Sosial, Politik, dan Ekonomi. Kajian merentas budaya antara Malaysia dan
Indonesia melibatkan perbandingan sampel guru daripada populasi yang berbeza
budaya. Kajian ini melibatkan 400 orang guru yang mengajar di sekolah rendah
(dasar) di negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak (Malaysia) dan 400 orang guru
yang mengajar di sekolah-sekolah dasar wilayah Acheh (Indonesia) iaitu: Banda
Aceh, Pidie Jaya, Aceh Tamiang, dan Kota Langsa yang dipilih secara rawak..
Kajian ini dilaksanakan dengan mentadbirkan instrumen Kualiti Kehidupan Kerja
Guru yang dibina oleh Nordin et al. (2009) dalam versi Malaysia dan Indonesia dan
menilai ciri-ciri psikometrik instrumen merentas negara dari beberapa aspek seperti
keserasian item dan individu, unidimentionaliti, kebebasan setempat,
kebolehpercayaan item dan skor responden, serta pengesanan keterbezaan fungsi
item (DIF) merentas Malaysia dan Indonesia. Analisis peringkat item dijalankan
dengan menggunakan model pengukuran Rasch dan perbandingan Kualiti Kehidupan
Kerja Guru menggunakan statistik inferens iaitu Analisis Varians Satu Hala. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa item-item instrumen merentas negara mempunyai
keserasian yang baik dengan model pengukuran Rasch dan mempunyai ciri-ciri
unidimnsionalti setelah empat item yang tidak memenuhi syarat dikeluarkan daripada
instrumen Kualiti Kehidupan Kerja Guru Versi Malaysia mahupun Versi Indonesia.
Pengesanan Keterbezaan Fungsi Item (DIF), dan keputusan analisis inferensi
ANOVA Satu Hala menunjukkan bahawa oreintasi budaya mempengaruhi respons
responden daripada dua kumpulan negara iaitu: Malaysia dan Indonesia. Instrumen
Kualiti Kehidupan Kerja Guru yang setara antara kedua negara didapati memiliki
tiga dimensi keperluan utama iaitu: Keperluan Psikologi, Keperluan Sosial dan
Keperluan Politik.
Description
Keywords
Evaluasi ciri-ciri psikometri item instrumen Kualiti Kehidupan Kerja Guru , merentas negara antara Malaysia dan Indonesia.