Ciri-Ciri Psikometrik Instrumen Dan Profil Kualiti Kehidupan Kerja Guru Sekolah Rendah Di Acheh, Indonesia Dan Di Tiga Negeri Utara Malaysia

dc.contributor.authorNurmawati
dc.date.accessioned2017-01-17T06:30:53Z
dc.date.available2017-01-17T06:30:53Z
dc.date.issued2016-09
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk mengkaji kesetaraan pengukuran instrumen silang negara, dan melakukan evaluasi ciri-ciri psikometri item instrumen Kualiti Kehidupan Kerja Guru merentas negara antara Malaysia dan Indonesia. Konstruk Kualiti Kehidupan Kerja Guru terdiri daripada empat dimensi keperluan iaitu: Psikologi, Sosial, Politik, dan Ekonomi. Kajian merentas budaya antara Malaysia dan Indonesia melibatkan perbandingan sampel guru daripada populasi yang berbeza budaya. Kajian ini melibatkan 400 orang guru yang mengajar di sekolah rendah (dasar) di negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak (Malaysia) dan 400 orang guru yang mengajar di sekolah-sekolah dasar wilayah Acheh (Indonesia) iaitu: Banda Aceh, Pidie Jaya, Aceh Tamiang, dan Kota Langsa yang dipilih secara rawak.. Kajian ini dilaksanakan dengan mentadbirkan instrumen Kualiti Kehidupan Kerja Guru yang dibina oleh Nordin et al. (2009) dalam versi Malaysia dan Indonesia dan menilai ciri-ciri psikometrik instrumen merentas negara dari beberapa aspek seperti keserasian item dan individu, unidimentionaliti, kebebasan setempat, kebolehpercayaan item dan skor responden, serta pengesanan keterbezaan fungsi item (DIF) merentas Malaysia dan Indonesia. Analisis peringkat item dijalankan dengan menggunakan model pengukuran Rasch dan perbandingan Kualiti Kehidupan Kerja Guru menggunakan statistik inferens iaitu Analisis Varians Satu Hala. Dapatan kajian menunjukkan bahawa item-item instrumen merentas negara mempunyai keserasian yang baik dengan model pengukuran Rasch dan mempunyai ciri-ciri unidimnsionalti setelah empat item yang tidak memenuhi syarat dikeluarkan daripada instrumen Kualiti Kehidupan Kerja Guru Versi Malaysia mahupun Versi Indonesia. Pengesanan Keterbezaan Fungsi Item (DIF), dan keputusan analisis inferensi ANOVA Satu Hala menunjukkan bahawa oreintasi budaya mempengaruhi respons responden daripada dua kumpulan negara iaitu: Malaysia dan Indonesia. Instrumen Kualiti Kehidupan Kerja Guru yang setara antara kedua negara didapati memiliki tiga dimensi keperluan utama iaitu: Keperluan Psikologi, Keperluan Sosial dan Keperluan Politik.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3467
dc.subjectEvaluasi ciri-ciri psikometri item instrumen Kualiti Kehidupan Kerja Guruen_US
dc.subjectmerentas negara antara Malaysia dan Indonesia.en_US
dc.titleCiri-Ciri Psikometrik Instrumen Dan Profil Kualiti Kehidupan Kerja Guru Sekolah Rendah Di Acheh, Indonesia Dan Di Tiga Negeri Utara Malaysiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: