Pembaikan Delignifikasi Oksigen Dengan Pra-Rawatan Asidik Bagi Pulpa Soda-AQ Tandan Kosong Kelapa Sawit
Loading...
Date
2008-06
Authors
LEY YEE, KOAY
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kesan dua jenis pra-rawatan asidik yang berlainan iaitu hidrogen peroksida (H20 2) dan asid
perasetik (P AA) terhadap pulpa soda-AQ tandan kelapa sawit telah dikaji. Tanpa prarawatan,
delignifikasi oksigen hanya dapat menyingkirkan sebanyak 36.72% lignin tanpa
penurunan kelikatan selulosa yang ketara. Kesan pra-rawatan H20 2 adalah kurang
memuaskan kerana walaupun daIjah delignifikasi oksigen meningkat tetapi kelikatan
selulosa turut diturunkan. Kesan pra-rawatan PAA iaitu pH (3-5), peratusan PAA (0.05-
0.15%) dan suhu tindak balas (50-70°C) terhadap sifat-sifat pulpa dan kertas telah dikaji
berdasarkan rekabentuk ujikaji Metodologi Permukaan Sambutan (RSM). Faktor pH
menunjukkan kesan yang paling ketara terhadap sifat-sifat pulpa dan kertas diikuti dengan
faktor peratusan asid perasetik dan suhu tindak balas. Sifat-sifat pulp a dan kertas yang
dihasilkan pada keadaan optimum bagi pra-rawatan PAA (pH 5, peratusan PAA 0.05% dan
suhu tindak balas 51°C) menunjukkan sisihan piawai yang kurang daripada 3.2% berbanding
dengan nilai ramal an bagi sifat-sifat pulpa dan kertas. Maka, model-model yang dibina oleh
RSM adalah boleh dipercayai dan digunakan untuk meramal kesan faktor terhadap sifat-sifat
pulpa dan kertas. Pemendekan masa tindak balas dan penaIllbahan magnesium sulfat semasa
pra-rawatan P AA serta pengurangan caj NaOH semasa delignifikasi oksigen menunjukkan
kesan positif terhadap pengekalan kelikatan selulosa (10-11.5 cP) dan nombor Kappa (4.6-
5.4) yang rendah dapat ditunjukkan. Penyingkiran lignin sebanyak 58-66% dapat dicapai
tanpa penurunan kelikatan selulosa yang teruk.
Description
Keywords
Oxygen Delignification , Palm Oil