Pembaikan Delignifikasi Oksigen Dengan Pra-Rawatan Asidik Bagi Pulpa Soda-AQ Tandan Kosong Kelapa Sawit

dc.contributor.authorLEY YEE, KOAY
dc.date.accessioned2018-06-01T07:00:14Z
dc.date.available2018-06-01T07:00:14Z
dc.date.issued2008-06
dc.description.abstractKesan dua jenis pra-rawatan asidik yang berlainan iaitu hidrogen peroksida (H20 2) dan asid perasetik (P AA) terhadap pulpa soda-AQ tandan kelapa sawit telah dikaji. Tanpa prarawatan, delignifikasi oksigen hanya dapat menyingkirkan sebanyak 36.72% lignin tanpa penurunan kelikatan selulosa yang ketara. Kesan pra-rawatan H20 2 adalah kurang memuaskan kerana walaupun daIjah delignifikasi oksigen meningkat tetapi kelikatan selulosa turut diturunkan. Kesan pra-rawatan PAA iaitu pH (3-5), peratusan PAA (0.05- 0.15%) dan suhu tindak balas (50-70°C) terhadap sifat-sifat pulpa dan kertas telah dikaji berdasarkan rekabentuk ujikaji Metodologi Permukaan Sambutan (RSM). Faktor pH menunjukkan kesan yang paling ketara terhadap sifat-sifat pulpa dan kertas diikuti dengan faktor peratusan asid perasetik dan suhu tindak balas. Sifat-sifat pulp a dan kertas yang dihasilkan pada keadaan optimum bagi pra-rawatan PAA (pH 5, peratusan PAA 0.05% dan suhu tindak balas 51°C) menunjukkan sisihan piawai yang kurang daripada 3.2% berbanding dengan nilai ramal an bagi sifat-sifat pulpa dan kertas. Maka, model-model yang dibina oleh RSM adalah boleh dipercayai dan digunakan untuk meramal kesan faktor terhadap sifat-sifat pulpa dan kertas. Pemendekan masa tindak balas dan penaIllbahan magnesium sulfat semasa pra-rawatan P AA serta pengurangan caj NaOH semasa delignifikasi oksigen menunjukkan kesan positif terhadap pengekalan kelikatan selulosa (10-11.5 cP) dan nombor Kappa (4.6- 5.4) yang rendah dapat ditunjukkan. Penyingkiran lignin sebanyak 58-66% dapat dicapai tanpa penurunan kelikatan selulosa yang teruk.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5637
dc.subjectOxygen Delignificationen_US
dc.subjectPalm Oilen_US
dc.titlePembaikan Delignifikasi Oksigen Dengan Pra-Rawatan Asidik Bagi Pulpa Soda-AQ Tandan Kosong Kelapa Sawiten_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: