Critical Thinking Skills Among Trained Nurses On Patient Diabetic Care Management: A Case Study
Loading...
Date
2015-02
Authors
Yoon Mooi, Ng
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pemikiran kritis dalam kalangan jururawat terlatih dalam pengurusan penjagaan pesakit diabetik dengan menggunakan Lapan Elemen Pemikiran Paul (2006). Kajian ini mengkaji tahap asal pemikiran peserta sebelum perbincangan tentang pengurusan penjagaan diabetik pesakit dan bagaimana tahap pemikiran mereka berubah semasa dan selepas perbincangan tentang pengurusan penjagaan diabetik pesakit dengan menggunakan elemen-elemen pemikiran. Reka bentuk kajian kes digunakan dengan persampelan bertujuan untuk memilih enam orang peserta kajian daripada empat-belas pelajar siswazah jururawat yang mengikuti program kejururawatan di sebuah kolej perubatan tempatan. Soal selidik terbuka dan berstruktur, health talks dan temu bual separa struktur individu digunakan untuk memperoleh data dari peserta sebelum, semasa dan selepas perbincangan tentang pengurusan penjagaan diabetik pesakit. Kesemua data yang diperoleh melalui health talks dan temu bual telah dirakamkan sebelum dianalisis mengikut lapan elemen pemikiran secara within-case and cross-case analysis.
Description
Keywords
Critical Thinking Skills Among Trained Nurses On Patient Diabetic Care Management , A Case Study