Penggunaan Childhood Autism Rating Scale (CARS) Untuk Penilaian Autism Spectrum Disorder (ASD) Dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Di Pulau Pinang

Loading...
Thumbnail Image
Date
2018-06
Authors
Ting, Siong Lee
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Semakin banyak pihak menyedari bahawa pengenalpastian kanak-kanak Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah penting buat masa kini. Namun, di Malaysia, prosedur dan kriteria yang digunakan bagi mengenal pasti kanak-kanak ASD agak longgar kerana tidak mempunyai satu instrumen formal yang digunakan secara umum. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sensitiviti penilaian Childhood Autism Rating Scale (CARS) untuk tujuan penilaian ASD dalam program pendidikan khas tempatan. Dapatan penilaian CARS dibandingkan dengan penilaian pakar berdasarkan panduan diagnostik ASD tercatat dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition (DSM V). Seramai 18 orang murid di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) tempatan telah dipilih untuk melibatkan diri dalam kajian ini. Hasil dapatan sensitiviti CARS yang didapati adalah sebanyak 0.857. Dapatan kajian juga mendapati penilaian CARS adalah tepat dan sistematik kerana meliputi 15 item secara terperinci. Hasil kajian ini menawarkan bukti empirikal bahawa penilaian CARS adalah sesuai dijalankan oleh guru terlatih dalam konteks pendidikan khas di Malaysia.
Description
Keywords
Sensitiviti penilaian Childhood Autism Rating Scale , penilaian ASD dalam program pendidikan khas tempatan
Citation