Sistem Pengklasifikasian Pintar Untuk Jenis Parasit Malaria
Loading...
Date
2012-05
Authors
Mohd Kanafiah, Siti Nurul Aqmariah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Malaria adalah disebabkan oleh parasit protozoa daripada genus
plasmodium. Tanda-tanda jangkitan yang biasa termasuklah demam, menggigil,
sakit otot dan sakit kepala. Pada masa kini, dua kaedah diagnosis secara manual oleh
pakar mikrobiologi dipraktikkan ke atas sampel palitan darah nipis bagi
mengenalpasti jenis-jenis parasit malaria, iaitu kaedah mikroskopik dan tanpamikroskopik.
Namun, terdapat kelemahan pada kedua-dua kaedah ini seperti ia
hanya boleh dijalankan oleh pakar mikrobiologi sahaja disebabkan oleh proses
mentafsir dan menilai slaid palitan darah nipis secara tepat memerlukan kemahiran
yang tinggi. Justeru, penggunaan sistem pintar berasaskan teknologi pemprosesan
imej dan rangkaian neural dibina bagi mengklasifikasikan tiga jenis parasit malaria
iaitu Plasmodium falciparum (PF), Plasmodium malariae (PM) dan Plasmodium
vivax (PV). Pembangunan sistem pengklasifikasian ini terbahagi kepada tiga
peringkat utama. Pada peringkat pertama, proses peruasan diimplemenkan ke atas
imej palitan darah nipis yang terbahagi kepada dua fasa. Pada Fasa 1, peruasan
tertumpu kepada peruasan sel darah merah (SDM) dan latar belakang imej dengan
menggunakan gabungan teknik kaedah Otsu, pengisian lubang dan pengecutan
artifak. Pada Fasa 2, algoritma pembentukan sel berasaskan jejari (RCF)
direkabentuk, khusus bagi mengasingkan SDM bertindih kepada SDM tunggal yang
terbukti mampu mengekalkan saiz dan bentuk setiap SDM tunggal yang dipisahkan.
Kemudian, teknik pengambangan diaplikasikan bagi meruas imej kepada dua ruas
iaitu parasit malaria dan SDM. Pada peringkat kedua, proses pengekstrakan ciri
dilaksanakan iaitu pengiraan saiz SDM dan penentuan bentuk parasit malaria
menggunakan teknik momen Hu.
Description
Keywords
Sistem pengklasifikasian pintar , untuk jenis parasit malaria