Sistem Pengklasifikasian Pintar Untuk Jenis Parasit Malaria

dc.contributor.authorMohd Kanafiah, Siti Nurul Aqmariah
dc.date.accessioned2019-06-27T01:50:26Z
dc.date.available2019-06-27T01:50:26Z
dc.date.issued2012-05
dc.description.abstractMalaria adalah disebabkan oleh parasit protozoa daripada genus plasmodium. Tanda-tanda jangkitan yang biasa termasuklah demam, menggigil, sakit otot dan sakit kepala. Pada masa kini, dua kaedah diagnosis secara manual oleh pakar mikrobiologi dipraktikkan ke atas sampel palitan darah nipis bagi mengenalpasti jenis-jenis parasit malaria, iaitu kaedah mikroskopik dan tanpamikroskopik. Namun, terdapat kelemahan pada kedua-dua kaedah ini seperti ia hanya boleh dijalankan oleh pakar mikrobiologi sahaja disebabkan oleh proses mentafsir dan menilai slaid palitan darah nipis secara tepat memerlukan kemahiran yang tinggi. Justeru, penggunaan sistem pintar berasaskan teknologi pemprosesan imej dan rangkaian neural dibina bagi mengklasifikasikan tiga jenis parasit malaria iaitu Plasmodium falciparum (PF), Plasmodium malariae (PM) dan Plasmodium vivax (PV). Pembangunan sistem pengklasifikasian ini terbahagi kepada tiga peringkat utama. Pada peringkat pertama, proses peruasan diimplemenkan ke atas imej palitan darah nipis yang terbahagi kepada dua fasa. Pada Fasa 1, peruasan tertumpu kepada peruasan sel darah merah (SDM) dan latar belakang imej dengan menggunakan gabungan teknik kaedah Otsu, pengisian lubang dan pengecutan artifak. Pada Fasa 2, algoritma pembentukan sel berasaskan jejari (RCF) direkabentuk, khusus bagi mengasingkan SDM bertindih kepada SDM tunggal yang terbukti mampu mengekalkan saiz dan bentuk setiap SDM tunggal yang dipisahkan. Kemudian, teknik pengambangan diaplikasikan bagi meruas imej kepada dua ruas iaitu parasit malaria dan SDM. Pada peringkat kedua, proses pengekstrakan ciri dilaksanakan iaitu pengiraan saiz SDM dan penentuan bentuk parasit malaria menggunakan teknik momen Hu.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8417
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectSistem pengklasifikasian pintaren_US
dc.subjectuntuk jenis parasit malariaen_US
dc.titleSistem Pengklasifikasian Pintar Untuk Jenis Parasit Malariaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: