Pengaruh Efikasi Kendiri Dan Kolektif Guru Terhadap Hubungan Antara Kepimpinan Transformasi Sekolah Dengan Komitmen Kualiti Pengajaran

dc.contributor.authorKuppan, Anandan
dc.date.accessioned2018-08-13T06:51:08Z
dc.date.available2018-08-13T06:51:08Z
dc.date.issued2011-04
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh efikasi kendiri dan efikasi kolektif guru terhadap hubungan antara kepimpinan transformasi sekolah dengan komitmen kualiti pengajaran. Secara khususnya kajian ini menghuraikan (1) pengaruh kepimpinan transformasi sekolah terhadap komitmen pengajaran dan pembelajaran guru, komitmen inovasi pengajaran serta efikasi kolektif guru, (2) pengaruh efikasi kendiri sebagai moderator terhadap hubungan antara kepimpinan transformasi sekolah dengan efikasi kolektif guru dan (3) pengaruh efikasi kolektif guru sebagai mediator terhadap hubungan antara kepimpinan transformasi sekolah dengan komitmen kualiti pengajaran. Kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk gabungan penerangan (explanatory mixed methods designs). Soal selidik yang diubahsuai daripada kepimpinan transformasi sekolah (Leithwood & Jantzi, 1999a), Collective Teacher Efficacy (TCE) (Ross & Gray, 2006), Teachers’ Sense of Efficacy Scale (TSE) (Tschannen-Moran & Hoy, 2001) dan komitmen kualiti pengajaran guru (Wai-Yen Chan et al., 2008; Janssen, 2000) telah digunakan sebagai alat ukur kajian. Pengumpulan data kuantitatif dilakukan melalui kaedah soal selidik terhadap 1165 orang guru sekolah menengah kebangsaan harian biasa dari Kedah Darul Aman, Pulau Pinang dan Perlis Indera Kayangan. Sementara itu, pengumpulan data kualitatif dilakukan melalui kaedah temu bual separa berstruktur terhadap lapan orang guru dan empat orang guru kanan mata pelajaran. Data yang diperoleh telah dianalisis pada peringkat guru dan sekolah. Pengujian hipotesis dilakukan dengan menggunakan prosedur regresi berganda dan regresi berganda berhierarki yang ditentukan melalui kriteria Baron dan Kenny (1986). Analisis dan interpretasi data kualitatif digunakan untuk menjelaskan dapatan daripada data soal selidik. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa dimensi kepimpinan transformasi sekolah mempengaruhi komitmen pengajaran dan pembelajaran guru, komitmen inovasi pengajaran serta efikasi kolektif guru. Kepimpinan transformasi sekolah pula menyumbang varian yang banyak terhadap komitmen inovasi pengajaran berbanding dengan komitmen pengajaran dan pembelajaran. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa efikasi strategi pengajaran dan efikasi penglibatan pelajar memberi kesan moderator yang paling banyak terhadap hubungan antara kepimpinan transformasi sekolah dengan efikasi kolektif guru. Selain itu,en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/6280
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPengaruh efikasi kendiri dan efikasi kolektif guruen_US
dc.subjecttransformasi sekolah dengan komitmen kualiti pengajaranen_US
dc.titlePengaruh Efikasi Kendiri Dan Kolektif Guru Terhadap Hubungan Antara Kepimpinan Transformasi Sekolah Dengan Komitmen Kualiti Pengajaranen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: