Penggunaan Hukum Akal Dan Mantik Dalam Perbahasan Akidah Tauhid : Kajian Kitab Al-Durr Al-Thamin Oleh Sheikh Daud Al-Fatani

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011-11
Authors
Haji Awang, Faisol
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Di Nusantara, tokoh ulama Melayu pada abad ke-18 M. termasuk Syeikh Daud al-FaÏÉnÊ terpengaruh dengan corak pemikiran Tauhid al-SanËsiyyah melalui kitabnya Umm al-BarÉhÊn yang menjelaskan sifat-sifat Allah 20 sifat (Tauhid Sifat Dua Puluh). Tesis ini bertujuan untuk mengkaji cara pengaplikasian dua pendekatan utama iaitu ‘hukum akal’ dan ‘mantik’ dalam perbahasan akidah Tauhid bercorak Sifat Dua Puluh melalui kitab al-Durr al-ThamÊn karya Syeikh Daud al-FaÏÉnÊ. Metode kajian kepustakaan berasaskan penelitian dan analisis teks secara kualitatif digunakan untuk menjelaskan kaedah penaakulan yang diaplikasikan dalam perbahasan akidah Tauhid dan hasil kajiannya dinyatakan secara deskriptif. Melalui penelitian dan analisis teks berdasarkan dua pola penting : analisis isi kandungan kitab (matan) dan analisis pendekatan (manhaj), maka dapatan kajian menyatakan bahawa Syeikh Daud al-FaÏÉnÊ menggunakan ‘hukum akal’ sebagai alat dalam perbahasan Sifat Dua Puluh mengikut pengertian wajib dan mustahil berasaskan hubungan yang perlu di antara pokok perbahasan (sifat-sifat Allah) dan pendekatan yang digunakan (hukum akal) dalam rangka memperjelaskannya secara rasional. Justeru, memahami ‘hukum akal’ merupakan pra-syarat yang pasti bagi sesiapa yang ingin mempelajari Tauhid Sifat Dua Puluh. Berhubung dengan penggunaan mantik, Syeikh Daud mengaplikasikan kedua-dua jenis kaedah mantik Íadd (definisi) dan burhÉn (pendalilan). Mantik Íadd diperalatkan sebagai mukadimah untuk memperkenalkan pelbagai masalah berhubung dengan takrif ilmu Tauhid, nama-nama panggilannya, skop pembicaraannya, matlamat pengajiannya dan sumber rujukannya, di mana semua perbahasan tersebut diistilahkan sebagai al-mabÉdi’ al-Ñushrah (10 prinsip).
Description
Keywords
Penggunaan hukum akal dan mantik , dalam perbahasan akidah tauhid
Citation