Penggunaan Hukum Akal Dan Mantik Dalam Perbahasan Akidah Tauhid : Kajian Kitab Al-Durr Al-Thamin Oleh Sheikh Daud Al-Fatani

dc.contributor.authorHaji Awang, Faisol
dc.date.accessioned2019-01-03T07:00:01Z
dc.date.available2019-01-03T07:00:01Z
dc.date.issued2011-11
dc.description.abstractDi Nusantara, tokoh ulama Melayu pada abad ke-18 M. termasuk Syeikh Daud al-FaÏÉnÊ terpengaruh dengan corak pemikiran Tauhid al-SanËsiyyah melalui kitabnya Umm al-BarÉhÊn yang menjelaskan sifat-sifat Allah 20 sifat (Tauhid Sifat Dua Puluh). Tesis ini bertujuan untuk mengkaji cara pengaplikasian dua pendekatan utama iaitu ‘hukum akal’ dan ‘mantik’ dalam perbahasan akidah Tauhid bercorak Sifat Dua Puluh melalui kitab al-Durr al-ThamÊn karya Syeikh Daud al-FaÏÉnÊ. Metode kajian kepustakaan berasaskan penelitian dan analisis teks secara kualitatif digunakan untuk menjelaskan kaedah penaakulan yang diaplikasikan dalam perbahasan akidah Tauhid dan hasil kajiannya dinyatakan secara deskriptif. Melalui penelitian dan analisis teks berdasarkan dua pola penting : analisis isi kandungan kitab (matan) dan analisis pendekatan (manhaj), maka dapatan kajian menyatakan bahawa Syeikh Daud al-FaÏÉnÊ menggunakan ‘hukum akal’ sebagai alat dalam perbahasan Sifat Dua Puluh mengikut pengertian wajib dan mustahil berasaskan hubungan yang perlu di antara pokok perbahasan (sifat-sifat Allah) dan pendekatan yang digunakan (hukum akal) dalam rangka memperjelaskannya secara rasional. Justeru, memahami ‘hukum akal’ merupakan pra-syarat yang pasti bagi sesiapa yang ingin mempelajari Tauhid Sifat Dua Puluh. Berhubung dengan penggunaan mantik, Syeikh Daud mengaplikasikan kedua-dua jenis kaedah mantik Íadd (definisi) dan burhÉn (pendalilan). Mantik Íadd diperalatkan sebagai mukadimah untuk memperkenalkan pelbagai masalah berhubung dengan takrif ilmu Tauhid, nama-nama panggilannya, skop pembicaraannya, matlamat pengajiannya dan sumber rujukannya, di mana semua perbahasan tersebut diistilahkan sebagai al-mabÉdi’ al-Ñushrah (10 prinsip).en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/7437
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPenggunaan hukum akal dan mantiken_US
dc.subjectdalam perbahasan akidah tauhiden_US
dc.titlePenggunaan Hukum Akal Dan Mantik Dalam Perbahasan Akidah Tauhid : Kajian Kitab Al-Durr Al-Thamin Oleh Sheikh Daud Al-Fatanien_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: