Kehidupan Golongan Wanita Tua Balu Di Kawasan Luar Bandar Malaysia: Kajian Kes Di Arau, Perlis
Loading...
Date
2006-07
Authors
Wan Nordin, Wan Norhapiza
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini berpandukan kepada dua objelctif umum utama. Pertama adalah untuk
mendapatkan gambaran yang menyeluruh kehidupan sebenar wanita tua balu. Objektif
kedua adalah untuk mendapatkan gambaran yang lebih komprehensif mengenai
masalah yang dihadapi oleh wanita tua balu di luar bandar Malaysia masa kini melalui
pengenalpastian bentuk-bentuk kesukaran hidup yang dialami oleh wanita tua balu di
tiga buah kampung kajian.
Data kajian berbentuk kualitatif dikumpulkan melalui proses temu bual mendalam ke
atas 49 orang responden iaitu keseluruhan wanita tua balu berumur 50 tahun dan ke
atas yang terdapat di tiga buah kampung kajian. Responden telah dikelompokkan
kepada empat kategori umur tua iaitu awal tua (50-54 tahun), pertengahan tua (55-64
tahun), tua (65-74 tahun), dan akhir tua (75 tahun ke atas) bagi memudahkan huraian
terhadap dapatan kajian.
Kajian ini mendapati dalam setiap kategori umur, responden mengalami kesukaran
yang berbeza dalam tiga aspek kehidupan mereka yang utama iaitu kesihatan, sosial,
dan ekonomi. Malah, kesukaran semakin bertambah seiring dengan peningkatan umur
mereka. Kematian suami memberi impak buruk kepada seluruh aspek kehidupan
responden. Tambahan pula, setiap aspek kesukaran ini saling mempengaruhi antara
satu sama lain. Kesihatan adalah penentu kehidupan yang dilalui oleh responden
sama ada sejahtera ataupun sukar kerana ia berkaitan dengan semangat untuk hid up.
Namun, ditengah-tengah kekalutan responden menghadapi kesukaran hidup, anakanak
memainkan peranan penting dalam menghulurkan sokongan dan segi penjagaan
dan sosio-ekonomi. Manakala dari segi emosi dan psikologi, sokongan lebih
datangnya dari da/am diri sendiri berbanding anak-anak. Kawan dan jiran merupakan
sumber untuk meredakan kesunyian. Peranan kawan rapat dalam menawarkan
sokongan moral semakin sukar dipero/eh seiring dengan peningkatan umur mereka.
Kajian ini mencadangkan agar penyelidikan seumpama ini difokuskan kepada wanita
tua balu daripada pelbagai etnik di Malaysia dan dilakukan di kawasan bandar untuk
dijadikan kajian perbandingan.
Description
Keywords
Sains Kemasyarakatan , Kehidupan Golongan Wanita Tua Balu