Kehidupan Golongan Wanita Tua Balu Di Kawasan Luar Bandar Malaysia: Kajian Kes Di Arau, Perlis

dc.contributor.authorWan Nordin, Wan Norhapiza
dc.date.accessioned2016-09-23T01:49:02Z
dc.date.available2016-09-23T01:49:02Z
dc.date.issued2006-07
dc.description.abstractKajian ini berpandukan kepada dua objelctif umum utama. Pertama adalah untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh kehidupan sebenar wanita tua balu. Objektif kedua adalah untuk mendapatkan gambaran yang lebih komprehensif mengenai masalah yang dihadapi oleh wanita tua balu di luar bandar Malaysia masa kini melalui pengenalpastian bentuk-bentuk kesukaran hidup yang dialami oleh wanita tua balu di tiga buah kampung kajian. Data kajian berbentuk kualitatif dikumpulkan melalui proses temu bual mendalam ke atas 49 orang responden iaitu keseluruhan wanita tua balu berumur 50 tahun dan ke atas yang terdapat di tiga buah kampung kajian. Responden telah dikelompokkan kepada empat kategori umur tua iaitu awal tua (50-54 tahun), pertengahan tua (55-64 tahun), tua (65-74 tahun), dan akhir tua (75 tahun ke atas) bagi memudahkan huraian terhadap dapatan kajian. Kajian ini mendapati dalam setiap kategori umur, responden mengalami kesukaran yang berbeza dalam tiga aspek kehidupan mereka yang utama iaitu kesihatan, sosial, dan ekonomi. Malah, kesukaran semakin bertambah seiring dengan peningkatan umur mereka. Kematian suami memberi impak buruk kepada seluruh aspek kehidupan responden. Tambahan pula, setiap aspek kesukaran ini saling mempengaruhi antara satu sama lain. Kesihatan adalah penentu kehidupan yang dilalui oleh responden sama ada sejahtera ataupun sukar kerana ia berkaitan dengan semangat untuk hid up. Namun, ditengah-tengah kekalutan responden menghadapi kesukaran hidup, anakanak memainkan peranan penting dalam menghulurkan sokongan dan segi penjagaan dan sosio-ekonomi. Manakala dari segi emosi dan psikologi, sokongan lebih datangnya dari da/am diri sendiri berbanding anak-anak. Kawan dan jiran merupakan sumber untuk meredakan kesunyian. Peranan kawan rapat dalam menawarkan sokongan moral semakin sukar dipero/eh seiring dengan peningkatan umur mereka. Kajian ini mencadangkan agar penyelidikan seumpama ini difokuskan kepada wanita tua balu daripada pelbagai etnik di Malaysia dan dilakukan di kawasan bandar untuk dijadikan kajian perbandingan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2587
dc.subjectSains Kemasyarakatanen_US
dc.subjectKehidupan Golongan Wanita Tua Baluen_US
dc.titleKehidupan Golongan Wanita Tua Balu Di Kawasan Luar Bandar Malaysia: Kajian Kes Di Arau, Perlisen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: