Persepsi Kepuasan Penginap Resort Terhadap Infrastruktur Di Pulau Pangkor Dan Pulau Tioman
Loading...
Date
2016-03
Authors
Jusoh, Jamil
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Aspek infrastruktur merupakan elemen sekunder dalam sektor pelancongan pulau..
Ketiadaan instrumen pengukur merupakan isu utama dalam mengenal pasti kualiti
dan efisiensi penyediaan infrastruktur dalam persekitaran resort. Selama ini kajian
tertumpu kepada tahap kepuasan penginap terhadap elemen sosial dan ekonomi
tetapi kurang perhatian diberi kepada elemen infrastruktur fizikal. Kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti elemen-elemen infrastruktur dan menilai sejauhmana
infrastruktur berkenaan mempengaruhi tahap kepuasan penginap resort di Pulau
Pangkor dan Pulau Tioman. Perbezaan kepuasan penginap di kedua-dua pulau kajian
turut dinilai. Kaedah kajian kuantitatif melalui soal selidik dilakukan kepada 507
responden di 75 buah resort. Kajian pemerhatian diguna untuk menilai tahap
penyediaan infrastruktur resort. Penemuan menunjukkan majoriti responden
pengunjung domestik menerima tahap kepuasan yang sederhana terhadap
infrastruktur serta menerima keadaan sedia ada. Namun, penyediaan infrastruktur
yang berkualiti tinggi dan berlebihan, kurang mempengaruhi kepuasan penginap di
kedua-dua pulau kajian disebabkan faktor keunikan pulau, keadaan alam semula
jadi dan keindahan pantai yang tidak terancam. Lebih 45% responden tidak beri
perhatian kepada penambahan infrastruktur di sembilan buah kawasan resort pantai
di Pulau Tioman. Pulau Pangkor sebaliknya memerlukan penambahbaikan
infrastruktur untuk tiga kawasan tumpuan resort. Keupayaan Pulau Pangkor dan
Pulau Tioman mengekalkan keunikan dan kelebihan tersebut telah memberi
kepuasan kepada lebih 73% responden domestik. Kajian ini menghasilkan bukti empirikal tentang penemuan baru dalam pengukuran kualiti penyediaan infrastruktur
melalui persepsi penginap resort berasaskan dimensi fizikal infrastruktur
Description
Keywords
Infrastruktur