Persepsi Kepuasan Penginap Resort Terhadap Infrastruktur Di Pulau Pangkor Dan Pulau Tioman

dc.contributor.authorJusoh, Jamil
dc.date.accessioned2017-01-19T07:08:27Z
dc.date.available2017-01-19T07:08:27Z
dc.date.issued2016-03
dc.description.abstractAspek infrastruktur merupakan elemen sekunder dalam sektor pelancongan pulau.. Ketiadaan instrumen pengukur merupakan isu utama dalam mengenal pasti kualiti dan efisiensi penyediaan infrastruktur dalam persekitaran resort. Selama ini kajian tertumpu kepada tahap kepuasan penginap terhadap elemen sosial dan ekonomi tetapi kurang perhatian diberi kepada elemen infrastruktur fizikal. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti elemen-elemen infrastruktur dan menilai sejauhmana infrastruktur berkenaan mempengaruhi tahap kepuasan penginap resort di Pulau Pangkor dan Pulau Tioman. Perbezaan kepuasan penginap di kedua-dua pulau kajian turut dinilai. Kaedah kajian kuantitatif melalui soal selidik dilakukan kepada 507 responden di 75 buah resort. Kajian pemerhatian diguna untuk menilai tahap penyediaan infrastruktur resort. Penemuan menunjukkan majoriti responden pengunjung domestik menerima tahap kepuasan yang sederhana terhadap infrastruktur serta menerima keadaan sedia ada. Namun, penyediaan infrastruktur yang berkualiti tinggi dan berlebihan, kurang mempengaruhi kepuasan penginap di kedua-dua pulau kajian disebabkan faktor keunikan pulau, keadaan alam semula jadi dan keindahan pantai yang tidak terancam. Lebih 45% responden tidak beri perhatian kepada penambahan infrastruktur di sembilan buah kawasan resort pantai di Pulau Tioman. Pulau Pangkor sebaliknya memerlukan penambahbaikan infrastruktur untuk tiga kawasan tumpuan resort. Keupayaan Pulau Pangkor dan Pulau Tioman mengekalkan keunikan dan kelebihan tersebut telah memberi kepuasan kepada lebih 73% responden domestik. Kajian ini menghasilkan bukti empirikal tentang penemuan baru dalam pengukuran kualiti penyediaan infrastruktur melalui persepsi penginap resort berasaskan dimensi fizikal infrastrukturen_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3507
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectInfrastrukturen_US
dc.titlePersepsi Kepuasan Penginap Resort Terhadap Infrastruktur Di Pulau Pangkor Dan Pulau Tiomanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: