Kajian Perbezaan Motivasi Terhadap Genre Penyertaan, Demografi Dan Jenis Permainan Dalam Kalangan Pemain Permainan Elektronik

Loading...
Thumbnail Image
Date
2019-02
Authors
Mohd Zain, Ahmad Zulman
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan motivasi pemain permainan elektronik berdasarkan faktor demografi, genre penyertaan dan jenis permainan. Seramai 240 responden berusia antara 15 tahun dan ke atas terlibat dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada pelajar sekolah, mahasiswa institut pengajian tinggi, responden yang sudah bekerja dan yang tidak bekerja yang menetap di sekitar kawasan Pulau Pinang dan dipilih melalui persampelan secara rawak mudah. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik yang dilakukan secara atas talian (Lime Survey). Keputusan dari kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan motivasi yang signifikan pada jantina pemain dan jenis permainan. Analisis ini juga menunjukkan bahawa perbezaan yang signifikan dalam komponen utama motivasi dan sub-komponen motivasi pada genre penyertaan dan dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa motivasi tidak boleh diramal berdasarkan umur dan pekerjaan pemain.
Description
Keywords
Demografi , Permainan Elektronik
Citation