Pusat Pengajian Komunikasi - Tesis
Browse
Browsing Pusat Pengajian Komunikasi - Tesis by Author "Wulandari, Theresia Diyah"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- PublicationWacana Tentang Ahli Politik Wanita Dalam Akhbar Indonesia(2024-07)Wulandari, Theresia DiyahIsu gender adalah isu yang mendapat banyak perhatian daripada ahli akademik. Satu kajian yang menarik adalah mengenai kesaksamaan wanita dan lelaki dalam politik. Kajian ini mengkaji bagaimana calon ahli politik wanita terdedah kepada 153 berita di akhbar harian di Indonesia, iaitu Pikiran Rakyat, Pos Kota, Suara Merdeka, dan Waspada, semasa tempoh kempen 2004-2019.Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan corak berita, kesan stereotaip, dan agenda spektrum feminisme dari empat akhbar harian ini. Penyelidikan ini menggunakan kaedah analisis wacana dengan pendekatan Pasca-Strukturalisme Feminisme (FPDA) yang membongkar makna bahasa kewartawanan. Kaedah ini diikuti dengan wawancara mendalam dengan 12 penulis berita. Dari hasil analisis wacana feminisme pasca- sturukturalisme dapat disimpulkan bahawa corak liputan akhbar mengikuti koleksi maklumat dari hasil liputan dan wawancara sumber berita, tetapi budaya dan kuasa editor dapat mengubah suai pendedahan berita, adakah calon ahli politik Wanita berdaya atau tidak