Pusat Pengajian Teknologi Industri - Tesis
Browse
Browsing Pusat Pengajian Teknologi Industri - Tesis by Author "Abu Bakar, Azizah"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- PublicationPenghasilan Komposit Poliuretana-Kenaf Menggunakan Pengacuanan Tidak Balas Suntikan(2012-07)Abu Bakar, AzizahDalam kajian ini, komposit poliuretana (PU) telah dihasilkan dengan menggunakan difenilmetana diisosianat (MDI) dan gliserol yang diperkuat dengan gentian kenaf. Poliuretana dihasilkan dengan menggunakan mesin pengacuanan suntikan tindak balas (RIM) mengikut formulasi yang tertentu. Manakala tikar gentian kenaf dihasilkan menggunakan mesin penyisirkasaran dan penumbuk-jejarum. Kesan-kesan nisbah isosianat dengan hidroksil NCO/OH dan peratusan berat gentian kenaf terhadap komposit PU diperkuat gentian telah dikaji. Berdasarkan pemerhatian, didapati sifat komposit PU yang dihasilkan dipengaruhi oleh peratusan gentian kenaf dan juga nisbah NCO/OH yang digunakan dengan ketara. Kesan proses penumbukan-jejarum ke atas tikar gentian kenaf yang dihasilkan juga memberikan kesan terhadap komposit PU. Daripada analisis pengimejan SEM, didapati rangkaian telah terbentuk di antara matriks PU dan gentian kenaf. Selain itu, fenomena mengunci di antara matriks PU dan gentian kenaf juga dapat diperhatikan, iaitu penyerapan matriks ke dalam kapilari gentian kenaf.