Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan - Tesis
Browse
Browsing Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan - Tesis by Author "Che Ani, Muhamad Tarmymy"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- PublicationFaktor-Faktor Cabaran Yang Dihadapi Oleh Pemaju Hartanah Dalam Pembangunan Rumah Mampu Milik(2022-08)Che Ani, Muhamad TarmymyKerajaan Malaysia, seperti kebanyakan kerajaan, telah menjadikan dasar untuk membangunkan rumah mampu milik (RMM) bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah hingga sederhana. Walaubagaimanapun, Pemaju tidak menunjukkan minat untuk membina RMM menyebabkan penawaran RMM menjadi rendah dan tidak mencukupi. Oleh itu, empat (4) objektif telah dibentuk bagi kajian ini. Kajian inimenggunakan pendekatan kuantitatif dan borang soal selidik telah dibangunkan dengan menggunakan sorotan literatur. Borang soal selidik ini mengandungi satu (1) pemboleh ubah bersandar dan lima (5) pembolehubah tidak bersandar. Data yang diperolehi dianalisis dengan analisis diskriptif dan analisis korelasi menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Keputusan analisis menunjukkan indeks purata bagi tiga (3) faktor iaitu faktor kos, perasaan yang tidak terjamin dan dasar dan perundangan ialah neutral, manakala bagi dua (2) lagi faktor iaitu kurangnya sokongan dan faktor sampingan dan indeks purata berada pada skala setuju. Bagi analisis korelasi, hanya satu (1) faktor yang menunjukkan nilai signifikan iaitu pembinaan RMM oleh pemaju dengan perasaan tidak terjamin. Keputusan ini menunjukkan bahawa pemaju tidak berminat untuk membina RMM kerana kesukaran golongan berpendapatan rendah mendapatkan pinjaman dan juga tiada deposit yang mencukupi untuk pembelian rumah. Kajian menunjukkan bahawa untuk menggalakkan pemaju dalam pembinaan RMM, kerajaan perlu memperkasakan kewangan pembeli dan bergabung tenaga dengan institusi kewangan.