Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan - Tesis
Browse
Browsing Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan - Tesis by Issue Date
Now showing 1 - 20 of 129
Results Per Page
Sort Options
- PublicationRancangan Tempatan : Pengalaman United Kingdom Dan Implikasi Penggunaan Di Malaysia(1986-03)Hew King HsienProjek penyelidikan ini bertujuan mendedahkan ciri-ciri dari penggunaan sesuatu alat perancangan guna tanah yang baru iaitu rancangan tempatan. Dengan menjaLankan ulasan terhadap ciri-ciri dan pengaLaman penggunaan di United Kingdom, dan menghubungkannya dengan keadaan di malaysia iaitu keperluan resmi mengenai penyediaan, bentuk, kandungan dan pengGunaan rencangan tempatan. Penyelidikan ini cuba menjeLaskan arah yang patut diikuti oleh rancangan tempatan di Malaysia supaya masalah dan kelemahan di United Kingdom tidak akan diulangi lagi.
- PublicationKawalan Bangunan : Masalah Dan Kesan Kritikal Dalam Kelevatan Mendapatkan Kelulusan Pelan-Pelan Bangunan Serta Cadangan Mempertingkatkannya(1991-04)Hj. Shahar, ZulkafliKajian pembacaan membincangkan proses dan statut yang digunakan serta membentuk model masalah, kesan dan cadangan. Model ini akan dianalisis melalui kajian luar yang dijalankan dalam bentuk soalselidik dan akan disusun mengikut darjah kepentingan dan kebenaran masalah serta darjah kepentingan dan keterimaan cadangan menurut analisis purata maklumbalas. Kajian ini telah mengambil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai. pihak berkuasa tempatan rujukan. Hasil dari kajian pembacaan, sebanyak tiga hipotesis dihasilkan untuk diuji melalui analisis soalselidik
- PublicationProses Penyediaan Rancangan Tempatan: Satu Kajian Perbandingan Diantara England Dan Malaysia(1994-03)Maimunah Bt. Mohd SharifAkta Perancang Bandar dan Desa 1976 ini seringkali di kaitkan dengan Akta Perancang Bandar dan Desa 1968, di England. Terdapat hujah-hujah bahawa kedua-dua akta ini tidak mempunyai perbezaan yang signifikan. Oleh itu penyelidikan ini dijalankan untuk membuat kajian analisis perbandingan kedua-dua akta ini di dalarn bahagian penyediaan rancangan tempatan. Kaedah analisis kandungan difikirkan sesuai dan digunakan untuk menjalankan kajian ini.
- PublicationPengurusan Rekabentuk Dalam Firma Seni Bina - Satu Tinjauan Terhadap Penggunaan Sistem Rekabentuk Berbantukan Komputer - CAD(1994-04)Luddin, AzmiKajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap penggunaan perisian CAD, mengkaji faktor-faktor kejayaan, kegagalan dan ketidakinginan sesetengah firma seni bina menggunakannya.
- PublicationKeberkesanan Pelaksanaan Kawalan Pembangunan Di Pulau Pinang(1995-03)Norainah Bt Abdul RahmanKajian ini cuba untuk membuat penilaian terhadap kawalan pembangunan yang telah dijalankan oleh Pihakberkuasa Tempatan Pulau Pinang iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang dalam menjalankan tugas mereka untuk mengawal pembangunan di Pulau Pinang. Amalan kawalan pembangunan akan dibincangkan daripada peruntukan perundangan / akta, peruntukan pentadbiran dan peruntukan perancangan. Peruntukan perancangan ini merupakan mekanisma kawalan pembangunan yang diamalkan untuk tujuan pengawalan perancangan. Kaedah yang digunakan untuk menganalisis kajian ini secara induksi iaitu dengan membanding isikandungan amalan mekanisma kawalan pembangunan dengan kes-kes yang melalui proses kebenaran merancang untuk diluluskan meneruskan projek pembinaan.
- Publication"Pendekatan Terhadap Amalan Pengurusan Projek - Perbezaan Antara Firma Pengurusan Projek Bebas(‘Independent’) Dengan Firma Pengurusan Projek Dalaman(‘In House’)"(1995-03)Ranjeet Singh Sarjit SinghKajian telah dibuat untuk mengenalpasti pendekatan terhadap amalan pengurusan projek. Amalan pengurusan projek akan dikaji dari aspek amalan firma-firma pengurusan projek bebas ('independent') dan amalan firma pengurusan projek dalaman (' in house').
- PublicationKajian Persepsi Masyarakat Setempat Terhadap Pembangunan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) Ke Atas Kg. Sg. Acheh, Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang(1995-03)Abdullah, Che NorainiTujuan kajian ini adalah untuk melihat potensi pembangunan PPD berhubung dengan persepsi masyarakat. Dengan perkataan lain, penyelidikan ini merupakan analisis potensi yang berasaskan kepada persepsi masyarakat setempat terhadap pembangunan yang diadakan di kawasan mereka. Penilaian kepada persepsi masyarakat setempat merupakan salah satu faktor penting selain daripada faktor - faktor fizikal, ekonomi, sosial dan institusi di dalarn program pembangunan PPD khasnya, dan program-program pembangunan yang lain pada amnya. Peluang untuk memberikan pendapat perlu diberikan kepada kumpulan sasaran (target group) agar mereka rasa dihormati serta membantu kepada pencapaian matlamat pembangunan tersebut.
- PublicationMengurus Konflik Di Antara Kontraktor Utama Dengan Subkontraktor Domestik Di Tapak Bina(1995-04)Tan, Amy Chwee NgohKajian ini telah direkabentukkan untuk menyesuaikan objektif yang terdiri daripada Mengenalpasti Sumber-Sumber Konflik di antara Kontraktor Utama dengan Subkontraktomya, Menganalisa tahap konflik dengan merujuk kepada Model Kontingensi, Konflik oleh Walton dan McKersie, Mengurus konflik sebagaimana yang diperhatikan dalam Gaya Pengurusan Konflik oleh Thomas dan Kilmann.
- PublicationPerlaksanaan Rancangan Perumahan Awam Kos Rendah Di Sarawak Oleh Suruhanjaya Pembangunan Perumahan Sarawak : Analisa Pencapaian Dan Halangan-Halangan(1995-04)Haji Morshidi, RodziahKajian mendapati bahawa rombakan ke atas pucuk kepimpinan dan struktur organisasi SPPS membawa kepada pembaharuan di dalam pendekatan dan corak pembangunannya. Perubahan ini mula menampakkan kemajuan di dalam pencapaian SPPS tanpa melakukan perubahan dan kelonggaran syarat-syarat yang telah sedia ada. Kajian membuktikan bahawa apa yang diperlukan adalah sokongan dan kesungguhan daripada pihak Kerajaan dan Kementerian, serta komitmen dan sumbangan sepenuhnya daripada pihak pengurusan dan kakitangan.
- PublicationKesan Peningkatan Gunatanah Perindustrian Ke Atas Penawaran Perumahan Di Negeri Pulau Pinang Kajian Kes: Kawasan Bayan Lepas(1995-04)Fadzil KamalPenghijrahan penduduk desa ke bandar bagi mengisi kekosongan tenaga buruh di sektor perindustrian telah menimbulkan beberapa masalah fizikal dan sosial di bandar. Salah satu dari masalah tersebut ialah masalah kekurangan penawaran perumahan yang mampu dimiliki iaitu perumahan kos rendah. Pelbagai faktor mempengaruhi penawaran perumahan kos rendah seperti faktor polisi kerajaan terhadap perumahan, faktor aktiviti gunatanah, kedudukan kewangan pihak pemaju, tenaga buruh yang mencukupi dan teknologi pembinaan perumahan sedia ada.
- PublicationKaedah Untuk Mempertingkatkan Produktiviti Pembinaan Ditapakbina Melalui Produktiviti Buruh(1995-04)Abdul Rahman Bin AbdullahKajian ini mendapati bahawa kebanyakkan daripada faktor-faktor yang mempengaruhi produktiviti buruh di tapak projek kecuali faktor industri boleh digolongkan kepada 2 faktor utama iaitu faktor pengurusan dan buruh. Pengaruh kedua-dua faktor ini terhadap produktiviti buruh boleh di lihat dari segi nisbah penggunaan masa dan tahap motivasi pekerja di tapak projek.
- PublicationKualiti Air Sungai (Kes Kajian - Sistem Sungai Pinang)(1995-04)Suganthi a/p KrishnanLaporan ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan bahagian teori yang merangkwni kepentingan sungai, peranan kerajaan dalam menjaga kebersihan sungai dan langkah-Iangkah membaikpulih kualiti sungai. Manakala, bahagian kedua adalah kajian makmal, di mana ujian-ujian tertentu akan dijalankan ke atas sampel yang diambil dari beberapa lokasi.
- PublicationAnalisa Kritikal Pertumbuhan Kontraktor Bumiputera Di Pulau Pinang(1995-04)Hj Jaafar @ Mustapha, MasturaBahagian kajian pula melihat kepada situasi sebenar kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang. Analisa yang meliputi golongan kontraktor Bumiputera, pemaju swasta, agensi kerajaan serta agensi-agensi am melihat kepada skop pertumbuhan ( strategi, cabaran, peluang dan masalah) masa kini dan hadapan terhadap firma kontraktor Bumiputera.
- PublicationPengurusan pembangunan pelancongan "Ecotourism"(1995-04)Wong Wang YuKajian ini adalah berkenaan dengan pengurusan pembangunan pelancongan "ecotourism" di destinasi yang menggunakan sistem ekologi alam semulajadi sebagai produk pelancongan. Dalam menjalankan kajian ini, satu kawasan kajian kes telah dipilih, iaitu Taman Negara Bako di Kuching, Sarawak.
- PublicationKonkrit Bergentian(1995-04)Noor Faisal Bin AbasProjek penyelidikan ini dijalankan dengan bermatlamat untuk memberi gambaran sebenar mengenai campuran konkrit bergentian lidi kelapa dan tempurung kelapa sawit yang julung-julung kalinya dilakukan di negara ini.
- PublicationRancangan pemasaran : Pembentukan Dan Kepentingannya Kepada Pemaju - Pemaju Perumahan(1995-04)Sulaiman, Mohd IdrisTujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti pembentukan dan kepentingan Rancangan Pemasaran kepada firma-firma pemaju dengan peningkatan daya saingan sungguhpun keadaan pasaran lebih memihak kepada pemaju di mana kadar permintaan melebihi kadar penawaran.
- PublicationKesesuaian Perkhidmatan Bas Mini Di Pusat Bandar Georgetown Pulau Pinang(1996)Azfizan AzizKajian ini juga melihat sejauhmana keberkesanan bas mini di dalam pengangkutan awam dan adakah benar bas mini boleh meningkat kualiti perkhidmatan auam berdasarkan persaingan yang wujud sekarang ini. Daripada analisis dan penemuan didapati pelbagai masalah berlaku berpunca dari pertumbuhan pusat bandar, pertambahan penduduk, kesesakan lalulintas, masalah pengangkutan awam sendiri, kemudahan infrastuktur pengangkutan awam, sistem organisasi dan sebagainya.
- PublicationPerancangan pembangunan perumahan nelayan : : peran budaya dalam pembentukan rumah tempat tinggal, kajian kes Telok Bahang, Pulau Pinang(1998)S. M., Muhammad RamadhansyahKajian membuktikan bahawasanya faktor budaya dan ekonomi mempengaruhi dalam hal pembentukan rumah tempat tinggal bagi penduduk. Faktor budaya di sini adalah aktiviti-aktiviti manusia tersebut dalam hal pembentukan rumah tempat tinggalnya.
- PublicationKebimbangan Terhadap Jenayah Satu Tinjauan Ke Atas Persepsi Wanita(1998)Chok, JulieKajian ini bertujuan meninjau persepsi wanita terhadap rekabentuk ruang awam, dari segi fizikal dan sosial, yang boleh merangsangkan perasaan kebimbangan terhadap perlakuan jenayah dan seterusnya mempengaruhi kepenggunaan ruang tersebut, dengan mendapat maklum balas daripada kelakuan, keutamaan penggunaan akses dan tahap keselamatan ruang tersebut.
- PublicationPersepsi pelancong-pelancong asing terhadap produk-produk pelancongan di Pulau Pinang(1998-02)Chee, Chin SengProduk-produk pelancongan memainkan peranan yang penting dalam menentukan pembangunan industri pelancongan. Produk-produk pelancongan yang ditawarkan bukan sahaja perlu pelbagai tetapi juga perlu dapat menarik atau memuaskan permintaan pelancong-pelancong yang datang melawat. Dengan itu, penyelidikan ini cuba membuktikan bahawa produk-produk pelancongan yang dapat memuaskan permintaan pelancong-pelancong akan meningkatkan kemungkinan lawatan ulangan pelancong-pelancong tersebut. Tujuan-tujuan utama pelancong-pelancong asing melancong di Pulau Pinang adalah untuk melawat tempat tempat pelancongan dan untuk beristirehat. Dari segi produk-produk pelancongan, didapati permintaan pelancong-pelancong asing terhadap produk-produk tarikan semulajadi dan hotel-hotel pantai adalah sangat tinggi berbanding dengan jenis produk yang lain.