Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan - Tesis
Browse
Browsing Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan - Tesis by Author "Chabuk, Roseline Nana"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- PublicationFaktor Ke Arah Peningkatan Kualiti Hidup Bekas Pesakit Kanser Payudara Di Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Umum Sarawak(2012)Chabuk, Roseline NanaKanser payudara merupakan penyebab utama kematian dalam kalangan wanita di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji dengan lebih mendalam faktor-faktor yang meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser payudara di negeri Sarawak. Selain itu, kajian ini juga turut mengenal pasti bentuk-bentuk cabaran yang dihadapi olch pesakit serta peranan yang dimainkan olch pekerja sosial perubatan dalam membantu pesakit kanser payudara. Reka bentuk kajian kualitatiftelah digunakan. Seramai 15 orang pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak telah ditemubual secara mendalam dalam kajian ini. Kajian mendapati, tiga faktor utama dalam meningkatkan kualiti hidup bekas pesakit kanser payudara adalah meliputi sokongan keluarga, pegangan agama dan kaunseling secara individu. Manakala bentuk-bentuk cabaran yang dilalui olch 15 orang responden merangkumi aspek psikologikal, fizikal, sosial dan kewangan. Selain itu, hasil kajianjuga menunjukkan pekerja sosial perubatan telah memainkan pelbagai peranan seperti mendapatkan bantuan kewangan, sebagai kaunselor, penyampai maklumat dan broker bagi membantu pesakit. Kesimpulannya, hasil penemuan kajian ini menunjukkan bahawa pesakit kanser payudara sangat memerlukan sistem sokongan yang berterusan bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit.