Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan - Tesis
Browse
Browsing Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan - Tesis by Author "Daud, Lynda"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- PublicationKos Sara Hidup Dan Corak Perbelanjaan Isi Rumah Di Malaysia: Analisis Data His Dan Hes 2016(2023-08)Daud, LyndaIsu kos sara hidup merupakan satu isu yang menjadi perhatian dan merupakan masalah yang membebani segenap lapisan masyarakat. Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan terutamanya pada perbelanjaan keperluan asas menjadikan masalah kos sara hidup sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Wujud jurang perbezaan harga di antara kawasan bandar dan luar bandar yang menimbulkan persoalan tingkat kos sara hidup yang dihadapi kesan daripada faktor taraf perbandaran. Dalam keadaan ekonomi negara yang semakin berkembang, pendapatan isi rumah telah mengalami peningkatan yang dilihat sebagai faktor yang merangsang kenaikan jumlah perbelanjaan dan seterusnya kos sara hidup selain struktur demografi dan sosioekonomi isi rumah yang berbeza dan berpotensi mengalami perubahan. Berdasarkan isu yang telah diutarakan, objektif pertama kajian ini adalah menganalisis kos sara hidup isi rumah yang dipengaruhi perbezaan taraf perbandaran menggunakan kaedah indeks kos sara hidup (IKSH), kaedah perbelanjaan daripada data Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah Malaysia tahun 2016 dan indeks harga pengguna (IHP). Analisis kos sara hidup mendapati isi rumah di negeri-negeri perbandaran tinggi berhadapan dengan kos sara hidup disebabkan perbelanjaan makanan, perumahan dan pengangkutan yang lebih tinggi berbanding isi rumah di negeri-negeri perbandaran sederhana dan rendah. Namun begitu tidak dapat dinafikan negeri-negeri perbandaran rendah dan sederhana turut berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi seperti negeri Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak dan Pahang.