Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan - Tesis
Browse
Browsing Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan - Tesis by Author "Effendi, Rustam"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- PublicationKeberkesanan Perancangan Strategik Pembangunan Pertanian Di Aceh: Suatu Penelitian Kualitatif(2022-09)Effendi, RustamPertanian merupakan salah satu sektor ekonomi terpenting di Aceh. Namun, perancangan strategik pembangunan pertanian yang diamalkan oleh agensi kerajaan di Aceh dilihat masih belum berkesan meningkatkan taraf kesejahteraan masyarakat. Kajian ini mempunyai empat objektif iaitu: mengenal pasti faktor-faktor penyebab perancangan strategik pembangunan pertanian masih belum berkesan dalam meningkatkan taraf kesejahteraan masyarakat Aceh; mengkaji keselarasan perancangan strategik pembangunan pertanian dengan keadaan semasa sektor pertanian di Aceh; menganalisis implementasi perancangan strategik pembangunan pertanian dalam rancangan kerja kerajaan di Aceh; dan mengenal pasti cadangan untuk penambahbaikan perancangan strategik pembangunan pertanian supaya lebih berkesan dalam meningkatkan taraf kesejahteraan masyarakat Aceh. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk deskriptif. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah temu bual separa berstruktur, analisis dokumen, dan pemerhatian. Kaedah pensampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini. Seramai 28 orang informan dipilih yang terdiri daripada ketua jabatan, setiausaha serta staf perkhidmatan di badan perancangan pembangunan dan agensi kerajaan yang menguruskan pertanian di lokasi kajian iaitu Aceh Besar dan Pidie Jaya, serta Banda Aceh sebagai pusat Kerajaan Aceh.