Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan - Tesis
Browse
Browsing Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan - Tesis by Subject "Architectural proportions"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- PublicationPerkadaran Dan Aturan Gaya Seni Bina Dalam Pengubahsuaian Fakad Pada Masjid Mughal-India Di Kedah(2025-04)Saaid, Ahmad Sid Hijaz MdMasjid zahir, sebuah masjid tersohor di negeri kedah, sememangnya dikenali umum. Namun, tidak ramai yang menyedari bahawa masjid ini mempunyai kaitan erat dengan banyak masjid lain di negeri ini. Dalam kajian ini, masjid zahir berfungsi sebagai masjid induk yang menjadi rujukan kepada masjid-masjid seiras dan masjid-masjid tidak seiras. Ketiga-tiga kategori masjid ini digabungkan sebagai subjek kajian dan dikenali sebagai masjid mughal-india kedah (mik). Pernyataan masalah yang dikenal pasti ialah proses pengubahsuaian bangunan masjid proto-konsep mik daripada reka bentuk asalnya telah mengubah aspek kadaran dan aturan seni bina masjid-masjid tersebut. Sehubungan itu, sebanyak sembilan masjid proto-konsep mik telah dipilih sebagai kajian kes, di mana pengkaji menilai kekuatan kadaran dan aturan seni bina pada fasad masjid-masjid berkenaan. Objektif utama kajian ini adalah untuk membuktikan bahawa masjid-masjid proto-konsep mik mempunyai hubungan rapat dengan masjid induk, khususnya dari segi kadaran dan aturan seni binanya. Berdasarkan dua faktor tersebut, kajian ini turut menilai tahap kesesuaian pengubahsuaian yang berlaku pada fakad masjid-masjid proto-konsep mik. Skala pengukuran yang digunakan dibina berdasarkan pendekatan kualitatif bagi kadaran panduan dan aturan seni bina.