Publication:
Sejarah Terjemahan Karya Sastera Mahua Moden

Thumbnail Image
Date
2023-07
Authors
Boh, Phaik Ean
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Dalam arus kemajuan dan pembangunan bidang Pengajian Terjemahan, fokus dalam bidang ini diperluas daripada tumpuan semata-mata pada tekstual dan linguistik kepada pencerapan terjemahan sebagai aktiviti yang berkaitan rapat dengan konteks sosial. Selaras dengan anjakan tersebut, kajian ini dijalankan bagi menyelusuri sejarah terjemahan karya sastera Mahua moden (iaitu sastera yang dikarang oleh penulis Cina tempatan dengan menggunakan bahasa Cina) dalam bahasa Melayu dengan memberikan penekanan dari sudut sosiologi. Kajian ini menyasarkan tiga objektif utama, iaitu pertama, untuk meneroka, mengenal pasti dan mendokumentasikan terjemahan karya sastera Mahua moden dalam bahasa Melayu antara tahun 1919-2021, kedua, untuk mencerakin kewujudan bidang terjemahan tersebut melalui pengupasan terhadap faktor-faktor yang mendorong penterjemah untuk menterjemah karya sastera Mahua moden ke dalam bahasa Melayu, dan ketiga, untuk menganalisis peranan ejen-ejen utama (penerbit atau persatuan) dalam bidang penerbitan terjemahan karya sastera Mahua moden. Bagi mencapai objektif tersebut, definisi sejarah terjemahan oleh Woodsworth (1998), serta definisi dan pengkategorian sastera Mahua moden oleh Goh Thean Chye (1975) dimanfaatkan untuk mengenal pasti data kajian; lapan objek kajian sejarah terjemahan D’hulst (2010), konsep bidang, kapital dan ilusio oleh Bourdieu (1986, 1987, 1990 & 1993) serta model analisis struktur bidang penerbitan oleh Bourdieu (2017) dimanfaatkan sebagai kerangka teori untuk analisis data.
Description
Keywords
Karya Sastera , Mahua Moden
Citation