Publication: Pengaruh Pengetahuan Dan Sikap Pengintegrasian Teknologi Guru Sains Sekolah Rendah Terhadap Amalan Pedagogi Pendidikan Stem, Multidisiplin Dan Pengajaran Isu Global Alam Sekitar
Date
2025-03
Authors
Hamdan, Nurul Wahida
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh pengetahuan dan sikap pengintegrasian teknologi guru sains sekolah rendah terhadap amalan pedagogi pendidikan stem, multidisiplin dan pengajaran isu global alam sekitar. Selain itu, pengalaman mengajar sebagai moderator terhadap amalan pedagogi pendidikan stem, multidisiplin dan pengajaran isu global alam sekitar turut dikaji. Sehubungan itu, seramai 464 orang guru sains sekolah rendah di tujuh buah negeri di malaysia telah terpilih secara rawak dengan menggunakan kaedah pensampelan berstrata tidak berkadar untuk memilih sekolah sebagai sampel kajian. Manakala data pula diperoleh daripada responden dengan menggunakan soal selidik yang terdiri daripada lima bahagian utama iaitu pengetahuan pengintegrasian teknologi, sikap pengintegrasian teknologi, amalan pedagogi pendidikan stem dan amalan pengajaran isu global alam sekitar. Kesemua 140 item kajian memperoleh nilai cronbach’s alpha yang tinggi dan tinggi iaitu .98.
Description
Keywords
Technology integration